Penyatuan Bulgaria dan Romania
Penyatuan Bulgaria dan Romania

Penyatuan Bulgaria dan Romania

Penyatuan Bulgaria dan Romania merupakan suatu usaha bagi menyatukan Bulgaria dan Romania menjadi satu negara, sama ada di bawah sebuah persekutuan, kesatuan peribadi atau konfederasi. Rancangan ini pernah diusulkan pada abad ke-19 dan ke-20, tetapi akhirnya menemui kegagalan. Gagasan ini pada mulanya memperoleh sokongan terutamanya di Bulgaria dan terdapat beberapa peluang untuk melaksanakannya. Cadangan tersebut biasanya diajukan oleh Bulgaria tetapi pihak Romania ingin memegang tampuk pemerintahan. Usaha ini akhirnya gagal disebabkan perbezaan budaya dan siasah di antara kedua-dua rakyat dan ditentang oleh kuasa-kuasa besar seperti Austria-Hungary dan terutamanya Rusia.Gagasan ini sendiri mempunyai contoh bersejarah, kerana orang Bulgaria dan Romania pernah hidup bersama di bawah pemerintahan Empayar Bulgaria Pertama, yang memperluas kekuasaannya ke kawasan yang kini menjadi sebahagian dari Romania. Mereka juga pernah berada di bawah pemerintahan Empayar Bulgaria Kedua yang ditubuhkan melalui kerjasama antara orang Bulgaria dan Vlach (orang Romania) serta di bawah Empayar Uthmaniyah yang telah menewaskan empayar sebelumnya dan menakluk dan memerintah wilayah-wilayah yang didiami oleh orang Bulgaria dan Romania selama berabad-abad. Semasa penghujung abad ke-18, suatu konsep popular muncul di Balkan iaitu persekutuan bagi menyaingi empayar-empayar berhampiran dan menyelesaikan konflik di antara rakyat di kawasan itu. Gagasan ini akhirnya merebak di Bulgaria dan negara-negara pendahulu Romania (Moldavia dan Wallachia). Selepas penubuhan wilayah beruatonomi Prinsipaliti Bulgaria dan kemerdekaan penuh Romania pada 1878, hubungan dua negara tersebut dipertingkat, dan terdapat beberapa calon dari Romania untuk memegang takthta Bulgaria. Antaranya ialah Raja Carol I dari Romania dan bangsawan Gheorghe Bibescu, anak lelaki bagi mantan putera Wallachia. Akhirnya pada tahun 1879, seorang Jerman telah dipilih iaitu Alexander I.Walaupun Alexander I mempunyai hubungan yang baik dengan Romania, beliau dipaksa untuk melepaskan takhta pada tahun 1886 berikutan tempoh pergolakan politik di Bulgaria yang disebabkan oleh Rusia, yang cuba untuk meluaskan pengaruhnya di negara itu. Disebabkan hal ini, Stefan Stambolov yang merupakan seorang pendukung anti-Rusia menjadi pemangku takhta. Satmbolov cuba untuk menubuhkan sebuah kesatuan peribadi bersama dengan Romania dan siri rundingan telah diadakan. Carol I mungkin menjadi ketua negara bagi dua kerajaan yang berbeza atau sebuah kerajaan yang tunggal. Walaupun Carol I berminat untuk menjadi penguasa Bulgaria, Rusia menentang keras dengan usaha ini, lalu mengancam untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Romania dan menyerang negara itu dan Bulgaria. Ini memaksa Carol I untuk melupakan kemungkinan tersebut. Selepasm itu, Ferdinand dari Sachsen-Coburg dan Gotha telah dipilih sebagai Putera Bulgaria pada Jun 1887. Pendekatan-pendekatan baru bagi mewujudkan sebuah kesatuan dicuba pada dasawarsa-dasawarsa kemudian dalam era komunis, terutamanya oleh Georgi Dimitrov. Walau bagaimanapun, Kesatuan Soviet menentang keras usaha itu dan pemimpinnya Joseph Stalin menganggap cadangan itu tidak dapat difikirkan.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Penyatuan Bulgaria dan Romania http://www.nsi.bg/sites/default/files/files/pressr... //doi.org/10.1017%2FCBO9781139033954 //doi.org/10.19062%2F2247-3173.2017.19.2.17 //www.jstor.org/stable/4204290 //www.worldcat.org/issn/0204-8906 http://www.recensamantromania.ro/wp-content/upload... https://www.ceeol.com/search/article-detail?id=266... https://www.ceeol.com/search/article-detail?id=594... https://books.google.com/books?id=OROanQAACAAJ https://books.google.com/books?id=S9nzDQAAQBAJ